Skip to content

Siapa kami ?

Kami, satu Jawatankuasa yang dibentuk oleh Perpustakaan USM bertujuan memberi pelbagai maklumat berkenaan perpustakaan kepada pengguna-pengguna kami.

Skuad Pelanggan PHS adalah satu nama yang khusus kepada Jawatankuasa ini yang bergerak seramai 15 anggota yang diterajui oleh Puan Radia Banu Jan Mohamad (Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan).

Kami menyertai pelbagai program seperti Hari Bersama Pelajar dan Program Bersama Masyarakat.

Pada masa akan datang, kami akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan Hamzah Sendut. Nantikan ketibaaan program ini kerana ada pelbagai aktiviti, perkhidmatan dan juga tawaran hebat khusus untuk pelanggan kami.

Kami juga menerima sebarang komen dan cadangan dari pelanggan-pelanggan kami untuk memastikan kami memberi perkhidmatan terbaik dari masa ke semasa. Anda boleh kemukakan komen dan cadangan di laman ini [KLIK DI SINI]. Kami amat mengalu-alukan pandangan daripada anda.

One Comment leave one →
  1. Riza Razak permalink
    January 12, 2010 8:32 am

    Keep up the good work! chaiyok!

Leave a comment