MyPHS: Hari Bersama Pelanggan 2012
KLIK pautan ini untuk poster: HBP 2012
Flash Mock Reading Campaign @PHS
Terkini 10:45am :: Hari Bersama Pelanggan ::
Hari Bersama Pelanggan Bermula Esok 1/4/2010..!!
Hari Bersama Pelanggan
SKUAD PELANGGAN akan menganjurkan Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Hamzah Sendut USM yang akan menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti, pameran, pertandingan, jualan dan lain-lain lagi.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini:
Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Hamzah Sendut USM
Tarikh: 01 & 02 April 2010
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tempat: Foyer, Perpustakaan Hamzah Sendut 1
Sumbangan Untuk Masyarakat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa Skuad Pelanggan PHS akan menganjurkan program Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Hamzah Sendut USM pada 01-02 April 2010 ini.
Sehubungan itu, pihak Skuad Pelanggan PHS memohon kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan agar dapat memberikan sumbangan atau penajaan samada dalam bentuk kewangan, barang-barangan keperluan, hadiah dan cenderamata.
Sumbangan amal ini akan dihadiahkan kepada masyarakat di kawasan Kuang Ulu, Chemor pada bulan Mei nanti.
Sumbangan bolehlah dihantar kepada Skuad Pelanggan PHS pada program Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Hamzah Sendut USM [01-02 April 2010].
Jika ada sebarang pertanyaan, sila menghubungi kami di talian 04-6533018 (En. Ariffin) atau pun tinggalkan pertanyaan anda di bawah…
Segala kerjasama dan bantuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih
Sumbangan barangan seperti berikut:
1. Buku-buku/buku teks sekolah
2. Majalah-majalah ilmiah
3. Makanan kering seperti beras, makanan dalam tin, dan lain-lain
Sekian, terima kasih.
Hari Bersama Pelajar
Selamat Datang ke Laman Skuad Pelanggan PHS
Secara rasminya kami Skuad Pelanggan PHS akan memberi pelbagai maklumat berkenaan Perpustakaan USM melalui laman ini.
Kami akan paparkan beberapa aktiviti-aktiviti Skuad pelanggan PHS dari masa ke semasa.